Tuesday, April 3, 2012

30/03/2012: ANALOGI BOLA BESI


 
Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini, yakni BOLA BESI MUSLIM dan BOLA BESI KAFIR


 



Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH. Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan, manakala lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.





Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur? Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.

Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita conclude bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar!

Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri. Dan entah mana silapnya, bola besi kafir walaupun takat leburnya sama saja dengan bola besi muslim, namun ia lebih mempengaruhi lapisan luarnya, jika dibandingkan dengan muslim. Sedangkan aqidah masyarakat muslim zaman ini tidak menembusi dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.

Sebagai contoh,aqidah orang kafir memang berbeza. Muslim percayakan kewujudan dan keesaan Allah, sedangkan orang kafir tidak.Namun jika dilihat sekarang, ramai Muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir, sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran mahupun gaya hidup.

Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir. Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan cintan-cintun sbg pasangan kekasih, muslim pun sama saja. Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya. Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.Feeling n emotion muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang2, romantik, menangis tgk cerita hindustan n korea dll.Jika kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja.

Kita go through the 3rd layer of the bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.Sama saja, akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk drpd si kafir. Hobi muslim dan kafir juga sama.

 apa yang dapat disimpulkan disini..

orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim.

..yang dikesali,

lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir.

..pointnya disini,

Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….
Jadi, periksa Bola Besi anda sendiri.  lakukanlah Tarbiyah.  Kuatkanlah aqidah supaya dapat menembusi lapisan kedua dan ketiga.and we shud remember dat this is a long n continuous process.Dan bukannya boleh dinikmati hasilnya dalam sebulan dua sahaja.
Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….


editted 07/04/2012:

Beza bola besi orang kafir dan orang islam....

Org islam perlu menerapkan islam itu pada semua lapisan-lapisan bola besi... yakni kita sebagai orang islam perlu menerapkan keislaman di semua aspek kehidupan kita... jika kita seorang doktor, kita adalah seorang 'muslim doctor'... jika kita guru, kita adalah a muslim teacher.... kita perlu menunjukkan keislaman itu dari sekecil kecil perkara... berikan salam, berikan senyuman... dll...

org kafir tidak ada kaitan akidah dan perbuatan mereka... 

FADHILAT SOLAT: Kitab Mukasyafah Al Qulub (Imam Al Ghazali)

Sungguh solat itu menghadapnya seseorang kepada Allah. Siapa solat tidak menghadapkan hatinya kepada Allah, malah fikirannya menjalar ke mana-mana ketahuilah solat yang demikian tidak di terima. Allah telah mengundang pada solat itu. Di situ Dia menyediakan perbuatan dan zikir yang bermacam-macam agar kita (orang yang solat) menikmatinya.

Dikatakan: ‘Dalam solat itu 12000 tingkat. Lalu di kumpulkan menjadi 12 sahaja, agar solatnya menjadi sempurna. Yang 6 sebelum masuk solat: Yang 6 lagi di dalamnya.

Pertama adalah ILMU
 
‘Nabi saw berkata: ‘sedikit amal yang di sertai ilmu lebih baik dari pada banyak amal dalam kebodohan’

Adapun ilmu di sini mencakupi 3 hal:
1.mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunnah.
2.mengetahui fardhu dan sunatnya wudhu.
3.mengetahui tipu daya syaithan sehingga dapat memeranginya.

Kedua adalah WUDHU
 
Nabi saw berkata: ‘Tidak ada solat melainkan dengan bersuci’

Adapun kesempurnaan wudhu terdapat dalam 3 hal:
1.Menyucikan hati dari hasad dengki dan marah
2.Menyucikan badan dari dosa
3.Membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan

Ketiga adalah PAKAIAN
 
Allah swt berfirman: ‘Pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap solat’ -QS Al-A’raf ayat 31
Yakni berpakaian bersih sopan menutup aurat dan berpakaianlah tiap-tiap solat.

Adapun kesempurnaan berpakaian juga dalam 3 hal:
1.Halal
2.Suci dari najis
3.Sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong

Keempat adalah MENJAGA WAKTU (di awal waktu)
 
Allah swt berfirman: ‘Sesungguhnya solat itu di wajibkan atas orang-orang Mukmin pada waktunya‘ -surah An-Nisa ayat 103

Adapun kesempurnaan menjaga waktu juga dalam 3 hal:
1.Apabila melihat bulan atau matahari atau yang lainnya hingga dapat menentukan waktu.
2.Pendengaranmu kepada Azan
3.Fikiranmu selalu memerhatikan waktu solat

Kelima adalah MENGHADAP KIBLAT (bukan menyembah kiblat)
 
Allah swt berfirman: ‘Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu ada hadapkanlah mukamu ke arahnya.’ -surah Al-Baqarah ayat 144

Adapun soal menghadap kiblat agar sempurna juga dalam 3 hal:
1.Menghadap kiblat dengan mukamu
2.menghadap kepada Allah swt dengan hatimu
3.Hendaklah engkau Kusyuk

Keenam adalah NIAT
 
Nabi saw bersabda: ‘Sesungguhnya amal itu bergantung pada niat. Dan untuk tiap orang apa yang di niatkan.’

Adapun kesempurnaan dalam niat juga 3 hal:
1.Mengetahui sedang solat apa
2.Sedar sedang berdiri di hadapan Allah dan di lihat-Nya
3.Tahu bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hatimu sehingga kamu harus mengosongkan dari kesibukan dunia

Ketujuh adalah TAKBIR (AllahuAkbar)
 
Nabi saw bersabda: ‘Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam.’

Adapun kesempurnaan takbir mengandungi 3 perkara:
1.Membaca takbir dengan benar
2.Mengangkat tangan ke paras telinga
3.Hatimu terus berniat

Kelapan adalah BERDIRI (bagi yang berkuasa)
 
Allah swt berfirman: ‘Berdirilah kerana Allah serta mentaatinya.’ -surah Al-Baqarah ayat 238

Adapun kesempurnaan berdiri juga dalam 3 hal:
1.Menempatkan pandangan ke tempat sujud
2.Menjadikan hatimu ingat kepada Allah swt
3.Jangan menoleh kekanan dan kekiri

kesembilan adalah membaca surah AL-FATIHAH
 
Allah swt berfirman: ‘Sebab itu bacalah apa-apa yang mudah di antara Al-Quran.’ -surah Al-Muzammil ayat 30

Adapun kesempurnaan membaca Fatihah adalah:
1.Membaca dengan Tartil dan benar
2.Merenungkan maknanya
3.Mengamalkan apa yang di baca

Kesepuloh adalah RUKUK
 
Allah swt berfirman: ‘Dan rukuklah’ -Surah Al-Baqarah ayat 34

Adapun kesempurnaan rukuk juga 3 perkara:
1.Meletakkan dua tangan di atas lutut, membuka jari-jarinya
2.Tomo’ninah
3.Membaca Tasbih

Kesebelas adalah SUJUD
 
Allah swt berfirman: ‘Dan sujudlah’ -surah Al-Fushilat ayat 37

Adapun kesempurnaan sujud juga dalam 3 perkara:
1.Meletakkan kedua tangan sama paras di telinga
2.Jangan membuka lengan terlalu lebar
3.Tomo’ninah serta membaca Tasbih

Kedua belas adalah DUDUK TASYAHUD
 
Nabi saw bersabda: ‘Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya’.

Adapun kesempurnaan duduk ada 3 hal juga:
1.Duduk dengan kaki kiri dibawah kaki kanan
2.Membaca Tasyahud, doa untuk diri dan kaum Mu’min
3.Salam dengan sempurna

Adapun kesempurnaan salam adalah
1.memberi salam berserta niat di dalam hati bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan, demikian juga ketika memberi salam kepada orang di sebelah kiri.

Jika 12 hal ini telah terpenuh, maka ikhlaslah dalam mengerjakannya agar hal-hal tersebut akan sempurna sebagaimana firman Allah swt:
‘Sembahlah Allah serta mengikhlaskan agama bagi-Nya’. -surah Az-Zumar ayat 2

Adapun kesempurnaan ikhlas juga 3 perkara:
1.Dengan solat itu untuk mencari keredhaan Allah bukan untuk keredhaan manusia
2.Taufiq itu adalah daripada Allah
3.Engkau menjaganya sehinggalah engkau datang kepada-Nya pada hari kiamat.

SURAH AL-MUZAMMIL & TAHAJJUD

Surah Al-Muzzamil (Surah ke 73) ayat 1 - 11, adalah satu formula yang sangat tepat untuk sesiapa yang dilanda cabaran hidup. Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah (s.a.w) tertekan dengan ancaman dan cercaan orang-orang kafir.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  1. Wahai orang yang berselimut!
  2. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)
  3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
  4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
  5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
  6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
  7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
  8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
  9. Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
  10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
  11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Antara pelajaran yang boleh kita dapati ialah:
  1. Solat tahajjud akan memberikan kita kekuatan jiwa untuk menghadapi dugaan. Rasulullah (s.a.w) juga diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat tahajjud sebagai persiapan sebelum diberi satu tugas yang sangat berat. Jika kita terasa hidup ini terlalu menekan, dan dada terasa amat terhimpit, segeralah mula untuk mengerjakan solat tahajjud dengan istiqamah. Kita akan mendapat kekuatan jiwa yang membolehkan kita menghadapi segala dugaan tersebut.

  2. Untuk mendapatkan kesannya, Quran hendaklah dibaca dengan tartil semasa solat tahajjud. Dalam perkataan lain, bacalah quran dengan sebaiknya supaya kita merasa "enjoy" dengan solat yang dilakukan. Sekiranya solat dilakukan dengan rasa terpaksa, besar kemungkinan ia tidak akan dapat memberi kita kekuatan yang diperlukan untuk menghadapi dugaan hidup.

  3. Sekiranya kita selalu dicerca atau dikritik sedangkan kita adalah dipihak yang benar, maka hadapilah kritikan tersebut dengan cara yang baik, dan sebutlah nama Allah, atau sebutlah "Ya Allah" dengan lidah mahupun hati sebanyak-banyaknya. Tak perlulah risaukan kata-kata manusia, tapi fokuslah kepada Allah. Apabila kita melakukan seperti ini, maka Allah lah yang akan membalas perbuatan orang-orang yang mencerca anda.

Sunday, April 1, 2012

30/03/2012: SURAH AL-KAFIRUN

Tempat: Lambak



1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."



Surat Al Kaafiruun terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Al Maa'uun. Dinamai Al Kaafiruun (orang-orang kafir), diambil dari perkataan Al Kaafiruun yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Pokok-pokok isinya:
Pernyataan Tuhan yang disembah Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, dan Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.



ASBABUN NUZUL SURAH AL-KAFIRUN

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi saw. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikawinkan dengan yang beliau kehendaki. Usaha ini disampaikan dengan berkata: "Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat agar engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menjelekkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun." Nabi saw menjawab: "Aku akan menunggu wahyu dari Tuhanku." Ayat ini (S.109:1-6) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir. Dan turun pula Surat Az Zumar ayat 64 sebagai perintah untuk menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala. (Diriwayatkan oleh at-Thabarani dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi saw.: "Sekiranya engkau tidak keberatan mengikuti kami (menyembah berhala) selama setahun, kami akan mengikuti agamamu selama setahun pula." Maka turunlah Surat Al Kafirun (S.109:1-6).(Diriwayatkan oleh Abdurrazaq yang bersumber dari Wahb dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari Juraij.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ashi bin Wa-il, al-Aswad bin Muthalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata: "Hai Muhammad! Mari kita bersama menyembah apa yang kami sembah dan kami akan menyembah apa yang engkau sembah dan kita bersekutu dalam segala hal dan engkaulah pemimpin kami." Maka Allah menurunkan ayat ini (S.109:1-6) (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Mina.)


HURAIAN

Orang-orang Arab tidak mengingkari kewujudan Allah, tetapi mereka hanya tidak mengetahui hakikat Allah seperti yang diterangkan oleh Allah sendiri, iaitu bersifat Tunggal dan selama-lamanya menjadi Tumpuan Seluruh Makhluk, kerana itu mereka mempersekutui Allah (syirik), mereka tidak meletakkan Allah pada martabat-Nya yang sebenar dan tidak beribadat kepada-Nya dengan ibadat yang sebenar. Mereka mempersekutui Allah dengan berhala-berhala yang melambangkan tokoh-tokoh yang soleh dan tokoh-tokoh pembesar dan datuk nenek mereka atau berhala-berhala yang melambangkan malaikat-malaikat yang dianggap mereka sebagai anak-anak perempuan Allah, demikian juga mereka percaya bahawa antara Allah dengan jin ada hubungan keturunan, atau mereka menyembah tuhan-tuhan itu sedangkan mereka lupakan perlambangan-perlambangan ini. 
Dalam keadaan-keadaan ini, tuhan-tuhan itu disembah mereka dengan tujuan supaya tuhan-tuhan itu dapat memperdekatkan mereka dengan Allah sebagaimana al-Qur'an menceritakan perkataan mereka dalam Surah Az-Zumar 39:3

39:3

 Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

Al-Qur'an menceritakan bahawa mereka juga mengiktiraf Allah sebagai Pencipta langit dan bumi, mengendali matahari dan bulan dan menurunkan hujan dan langit sebagaimana tersebut dalam Surah al-Ankabut (Surah 29):
 
29:61

61. "Dan jika engkau bertanya mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan mengendalikan matahari dan bulan, nescaya mereka menjawab; "Allah"

 
29:62

 63. "Dan jika engkau bertanya siapakah yang menurunkan air hujan dari langit dan menghidupkan bumi dengannya selepas matinya (tandusnya), nescaya mereka menjawab; "Allah". 

Dalam sumpah-sumpah mereka, mereka berkata: "Demi Allah" dan dalam doa mereka, mereka berkata:"Wahai Allah". Tetapi walaupun mereka beriman kepada Allah, namun kepercayaan syirik telah merosakkan pemikiran mereka sebagaimana mereka dirosakkan oleh adat-resam dan syi'ar-syi'ar traditional mereka. Mereka memperuntukan satu bahagian dari hasil-hasil tanaman dan ternakan kepada tuhan-tuhan yang didakwakan mereka dan satu bahagian dari anak-anak mereka sehingga peruntukkan itu kadang-kadang membawa kepada membunuh anak-anak mereka. Hal ini telah diterangkan oleh al-Qur'anul Karim dalam Surah Al-An'am (surah 6)


6:136


136. "Dan mereka telah memperuntukkan kepada Allah sebahagian dari tanaman dan ternakan yang telah diciptakan Allah lalu mereka berkata mengikut sangkaan karut mereka: 'Ini untuk Allah dan ini pula untuk sembahan-sembahan kami." Maka bahagian yang diperuntukkan kepada sembahan mereka tidak sampai kepada Allah dan bahagian yang diperuntukkan kepada Allah sampai kepada sembahan-sembahan mereka. Alangkah buruknya apa yang diputuskan mereka." 
(Maksudnya mereka membuat peruntukan sebahagian untuk Allah dan bahagian Ini dibelanjakan kepada fakir-fakir miskin dan kebajikankebajikan sosial yang lain, dan bahagian untuk sembahan-sembahan mereka diberikan kepada penjaga-penjaga berhala.

Dalam amalan mereka, apa yang menjadi bahagian Allah boleh diberikan kepada berhala-berhala dan apa yang menjadi bahagian berhala-berhala itu tidak boleh diberi kepada
Allah iaitu diberikan kepada fakir miskin atau kebajikan-kebajikan sosial yang lain.)


6:137

137. "Demikianlah juga ketua-ketua mereka telah menjadikan sebilangan ramai daripada orang Musyrikin memandang baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan mengelirukan mereka dan mengelirukan agama mereka. Dan andainya Allah menghendaki, nescaya mereka tidak berbuat begitu, kerana itu tinggalkan mereka dan perbuatanperbuatan yang diada-adakan mereka." 
(Mereka memandang baik membunuh anak-anak mereka dengan alasan mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s.)  

6:138

138. "Dan mereka berkata: Inilah ternakan-ternakan dan tanaman-tanaman yang terlarang, yang tidak boleh dimakan melainkan oleh sesiapa yang kami kehendaki sahaja mengikut anggapan mereka, juga ternakan-ternakan yang diharamkan menunggangnya dan ternakan-ternakan yang tidak mereka sebutkan nama Allah ketika menyembelihkannya. Allah akan membalas mereka dengan sebab pembohongan yang diada-adakan mereka." 

6:139

139. "Dan mereka berkata lagi: Anak-anak yang ada dalam perut binatang binatang ternakan itu adalah khusus untuk kaum lelaki kami dan diharamkan kepada para wanita kami, tetapi jika anak dalam perut dilahirkan mati, maka lelaki dan wanita sama-sama boleh memakannya.'  Allah akan membalas mereka terhadap keputusan yang dibuat mereka.  Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui." 

6:140

140. "Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang telah membunuh anak anak mereka kerana bodoh tanpa ilmu pengetahuan dan mengharamkan rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka, kerana membuat pembohongan di atas Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan mereka tidak mendapat hidayah." 

Mereka menganggap diri mereka mengikut agama Ibrahim dan mereka lebih betul atau lebih mendapat hidayah daripada kaum Ahli Kitab yang hidup bersama-sama mereka di Semenanjung Tanah Arab, kerana orang-orang Yahudi menganggapkan 'Uzayr putera Allah dan orang-orang Nasara menganggapkan 'Isa putera Allah, sedangkan mereka sendiri
menyembah malaikat dan jin dengan anggapan bahawa malaikat dan jin itu mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah menurut sangkaan mereka yang karut, oleh itu mereka mengira diri mereka lebih betul atau lebih mendapat hidayah dari kaum ahli Kitab, kerana bagi mereka hubungan malaikat dan jin dengan Allah lebih dekat daripada hubungan 'Uzayr dan
'Isa. Tetapi semua kepercayaan itu adalah syirik belaka dan di sana tiada syirik yang lebih baik atau terpilih.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. datang dan menerangkan kepada mereka bahawa agamanya ialah agama Ibrahim a.s., mereka pun berkata: Kami juga mengikut agama Ibrahim. Oleh itu apakah perlunya bagi kami meninggalkan agama kami untuk mengikut Muhammad? Serentak dengan itu juga mereka berusaha memujuk Rasulullah s.a.w. supaya mempersetujui
satu jalan tengah di antaranya dengan mereka iaitu mereka mencadang supaya Muhammad bersetuju menyembah tuhan-tuhan mereka sebagai balasan mereka menyembah Tuhan Muhammad, juga supaya Muhammad tidak mengkritik tuhan mereka dan 'amal 'ibadat mereka. Mungkin kerana kekacauan kepercayaan mereka dan kerana pengiktirafan mereka terhadap Allah di samping mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain, mungkin kerana inilah mereka merasa jarak di antara mereka dengan Muhammad itu amat dekat iaitu boleh dicari jalan persefahaman dengan membahagi negeri kepada dua zon dan mencari jalan tengah di samping memenuhi setengah setengah kehendak peribadi. 
Untuk menghapuskan kekeliruan ini dan memotong segala usaha untuk mencari tolak ansur dan seterusnya untuk meletakkan garis pemisah yang tegas di antara 'ibadat mereka dengan 'ibadat Islam, di antara sistem mereka dengan sistem Islam dan di antara pemikiran mereka dengan pemikiran Islam, maka surah ini diturunkan sedemikian tegas dan sedemikian berulang-ulang untuk menolak segala usaha tawar menawar dan meletakkan garis pemisah yang muktamad di antara Tauhid dengan syirik, dan menegakkan tanda-tanda perbezaan yang jelas yang tidak menerima tawar menawar dan tidak boleh dipertikaikan lagi sedikit atau banyak. 

Dalam ayat-ayat ini terdapat penafian selepas penafian, penegasan selepas penegasan, penekanan selepas penekanan. Ia menggunakan segala uslub penafian, penegasan dan penekanan. Maksud Qul "Katakanlah" ialah suatu perintah Ilahi yang tegas yang membayangkan bahawa persoalan 'aqidah adalah urusan Allah yang Maha Tunggal, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak punya sesuatu pun dalam urusan ini. Allah jua yang
memerintah dan menghukum, perintah dan hukum-Nya tidak boleh ditolak. 

1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.
Allah menyeru mereka dengan hakikat diri mereka yang sebenar dan menyifatkan mereka dengan sifat-sifat mereka yang sebenar iaitu mereka bukan berada di atas agama yang benar, mereka bukan orang-orang mu'min malah mereka adalah orang-orang yang kafir. Tiada titik pertemuan di antara engkau dengan mereka. Ayat pertama ini menerangkan hakikat perpisahan yang tidak mungkin bertemu. 

2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.
Maksudnya, kerana itu 'ibadatku tidak sama dengan 'ibadat kamu Tuhanku tidak sama dengan tuhan kamu.

3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
Maksudnya, kerana itu 'ibadat kamu tidak sama dengan 'ibadatku dan tuhan kamu tidak sama dengan Tuhanku.  

4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.
Ini ialah ayat penguat bagi ayat yang pertama. 

5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.  
Ayat ini merupakan ulangan untuk menguatkan ayat yang kedua supaya tidak ada ruang lagi bagi sebarang kekeliruan setelah ditegas dan diulang dengan segala cara penegasan dan ulangan. 

6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku.
Ayat ini merupakan kesimpulan dari hakikat perpisahan yang tidak mungkin bertemu dan hakikat perbezaan yang tidak mungkin dicampuradukkan. Aku di sini kamu di sana, tiada jambatan, tiada titian dan tiada jalan yang menghubungkan di antara kita. Satu perpisahan yang syumul dan satu perbezaan yang amat jelas dan halus. Perpisahan ini adalah perlu untuk menjelaskan tanda-tanda perbezaan yang pokok yang mustahil dapat diadakan pertemuan di antara kedua-duanya di tengah jalan, iaitu perbezaan dalam asas i'tiqad, dasar pemikiran, hakikat sistem hidup dan tabiat agama. Tauhid merupakan satu sistem dan syirik merupakan satu sistem yang lain pula. Kedua-duanya tidak mungkin bertemu. 
Tauhid satu sistem yang membawa manusia dan 'alam seluruhnya kepada Allah yang Tunggal, tiada sekutu bagi-Nya. Ia menentukan sumber tempat manusia menerima 'aqidahnya, syari'atnya, nilai-nilai dan ukurannya, adab sopan dan akhlaknya, pandangan-pandangannya terhadap hidup dan 'alam. Sumber yang diterima oleh orang Mu'min itu ialah Allah yang Tunggal tiada sekutu bagi-Nya. Seluruh hidupnya ditegakkan di atas asas ini tanpa bercampur dengan sebarang bentuk syirik sama ada zahir (kasar) atau pun khafi (halus). 

Perpisahan yang jelas ini perlu kepada para penda'wah dan kepada mereka yang dida'wah. Kepercayaan-kepercayaan Jahiliyah telah bercampuraduk dengan kepercayaan-kepercayaan keimanan yang benar terutama pada kumpulan-kumpulan manusia yang telah mengenal  'aqidah yang benar, kemudian menyeleweng darinya.  Kumpulan-kumpulan manusia seperti ini adalah paling degil untuk kembali beriman dalam bentuknya yang bersih dari sebarang penyelewengan. Mereka lebih degil dari kumpulan manusia yang tidak pernah mengenal 'aqidah yang benar.  Mereka merasa diri mereka di atas jalan yang benar, sedangkan mereka sebenarnya sesat dan menyeleweng.

Di antara kedua-duanya dipisahkan oleh satu perbezaan yang jauh. Satu-satunya jalan ialah keluar dari keseluruhan Jahiliyah dan masuk ke dalam keseluruhan Islam atau tinggalkan Jahiliyah dengan segala apa yang ada padanya dan pindah ke dalam Islam dengan segala apa yang ada padanya.