Dari Abu At Tayah, ia berkata :
Aku berkata kepada Abdur Rahman bin Khanbasy At Tamimi, ia seorang yang sudah tua : "Engkau pernah berjumpa Rasulullah SAW?."
Ia menjawab : "Ya. Aku bertanya : "Bagaimana beliau berbuat pada malam diserang oleh Jin dan Syaitan?".
Ia
berkata : "Sesungguhnya syaitan mendatangi Rasulullah SAW malam itu
dari berbagai lembah dan lorong, diantara mereka adalah syaitan yang
membawa obor api di tangannya ingin membakar wajah Rasulullah SAW.
Kemudian Jibril turun kepadanya seraya berkata : "Wahai Muhammad, ucapkan".
Nabi SAW bertanya : "Apa yang harus aku ucapkan?"
Jibril berkata : Ucapkanlah :
"Aku
berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang
Dia ciptakan, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dari kejahatan
yang naik kepadanya, dari kejahatan fitnah siang dan malam, dan dari
setiap kejahatan yang datang di malam hari kecuali yang datang dengan
membawa kebaikan, wahai Yang Maha Rahman."
Showing posts with label Iblis. Show all posts
Showing posts with label Iblis. Show all posts
Monday, May 21, 2012
Pendamping Manusia
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak
mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha
Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan
menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak
renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah
sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’
manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya
sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin
Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini
kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan
was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah
ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah
dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah
utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak
membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat
pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun
orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah
tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah”
sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran
dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada
seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin
daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?”
Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga
Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan
sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada
suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah
berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik
dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku
berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh
syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w:
“Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah
engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan
dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku
sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi
syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat
kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan:
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan
yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu
kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk
ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.”
Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku
sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’
hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan
ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya
umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat
nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas
kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam….
Sunday, May 20, 2012
7 rombongan iblis di sakratul maut
Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari
terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang
paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7
golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "
Rombongan 1
Akan
datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan
lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
disebabkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu,
pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh.
Inilah yang dikatakan mati
yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan
munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang
yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang
yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang
yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun
menjerit dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah
nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan
mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan
Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya.
Apabila tangan orang
yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan
waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam
golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik
dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya
sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti
musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.
Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan
datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak
mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih
"Wahai anakku inilah saja makanan
dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan
menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak
lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "
Maka
dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika
itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir,
kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa
hidupnya.
Rombongan 6
Akan
datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami
menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami
bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat,
itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.
Lalu
datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami
datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan
baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "
Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari
alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat
syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat
Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang
yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan
dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga,
(syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Ketika tirai dibuka selapis demi selapis
tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu
pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar
dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata orang
yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda
besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai
depan dan belakang.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi
sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut
pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam
keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan
baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad
akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu
ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.
Ketahuilah
bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam
yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh
kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal
dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari
gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Mengapa iblis tidak mengganggu manusia dari atas dan dari bawah
Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati
satu rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh
Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan
manusia. Hal tersebut tercatat dalam surah Al A’raf ayat 16-17 berikut
ini:
“Iblis
menjawab: ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya
benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang
lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).’” (QS. Al A’raf : 16-17)
Dari
ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu
menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan
mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri
kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?
Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A’raf ayat 17 di atas adalah:
“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka”:
Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim),
“dan dari belakang mereka”:
membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim),
“dari kanan”:
urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim)
“dari kanan”:
urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim)
“dan dari kiri mereka”:
dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa ‘An Syama’ilihim).
Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang diredaksikan dari Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata:
“Diriwayatkan
bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para
malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: “Wahai Tuhan
kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan
syaitan?” Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih
ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua
tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan
dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni
dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)
Dalam
tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari
atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir
III/394-395).
Oleh
kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung
kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk .dakwatuna.com
10 pintu syaitan di alam nyata
Pintu-pintu
tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui
pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali
jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak.
Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan
membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga
orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Pintu kedua:
Iaitu marah.
Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah
tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia
jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini,
segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam,
padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.
Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan.
Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk
melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti
di akhirat.
Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain.
Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan
berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki
sifat seperti yang ada pada pujiannya.
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sifat
perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin
tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu
Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani
dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta.
Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun
caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut
miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.
Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.
Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat
(kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka
sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam
agama ini iaitu masalah aqidah.
Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya.
Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim
lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih
baik darinya.
Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.
Tuesday, May 15, 2012
Kisah Perbualan Nabi Muhammad SAW dengan iblis
Soalan Nabi s.a.w : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Soalan Nabi s.a.w : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."
Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak
hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba
dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas
pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang
dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil
air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis!Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya
dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang
belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan
punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".
Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".
Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".
Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya
: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai
jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba
jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah
di dalamnya"
Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu !Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".
Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1.Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu,
Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"
Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Wednesday, May 9, 2012
Perlawanan antara seorang lelaki dan iblis
Sepasang suami isteri hidup dalam keadaan tenteram, meskipun hidup
susah mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah
s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah
seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama
isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia
memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah
senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.
Pada suatu hari, lelaki
yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah
perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang.
Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang
konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan
pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau
dagangnya laris.
“Ini syirik,” fikir lelaki yang alim tadi. “Ini harus dibanteras
habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain
Allah s.w.t..” Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa
secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si
suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam.
Lantas lelaki alim
tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab.
Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum
sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh
tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai
sebagai manusia.
“Hai, mahu ke mana kamu?” tanya si iblis laknatullah. Orang alim
tersebut menjawab, “Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang
bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah
s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu.” “Kamu tidak ada apa-apa
hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik
seperti mereka. Sudah pulang sahaja.” “Tidak boleh, kemungkaran mesti
dibanteras,” jawab si alim bersikap tegas.
“Berhenti, jangan teruskan!” bentak iblis laknatullah marah. “Akan saya teruskan!”
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah
perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau
melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh
dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah,
meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia
berkata, “Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi
mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila
Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang
Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan
teruskan niat Tuan itu dulu,”
Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu,
lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang
hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan
isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh
menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka
pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari
pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar
sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar
wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang
kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai
terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu.
Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya
tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai
marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, “Jangan khuatir, esok barangkali kita
bakal dapat lapan dinar sekaligus.” Keesokkan harinya, harap-harap cemas
suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar
sejadahnya kosong. “Kurang ajar. Penipu,” teriak si isteri. “Ambil
kapak, tebanglah pohon itu.” “Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku
habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya,” sahut
si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak
yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu.
Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut
sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, “Mahu ke mana kamu?” herdiknya
menggegar.
“Mahu menebang pohon,” jawab si alim dengan gagah berani. “Berhenti,
jangan lanjutkan.” larang si iblis laknatullah “Bagaimanapun juga tidak
boleh, sebelum pohon itu tumbang.” jawab lelaki itu.
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan
iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam
kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, “Dengan kekuatan apa
engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama
sekali?” Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, “Tentu sahaja
engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk
Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu
sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari
rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun
kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun
menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang
lehermu.”
Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi
termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak
ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke
rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar
bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah
s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan
apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah
kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah
bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu
semata-mata ?
“Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah
(berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak
mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat),
bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya
(tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman.”
(Hadith Riwayat Muslim)
(Hadith Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)