Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Contoh Akhlak Rasullulah

Rasulullah s.a.w. itu adalah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Tangannya tidak pernah sama sekali menyentuh tangan wanita ajnabiah (asing) yang bukan miliknya sebagai hamba sahaya atau yang mempunyai hubungan pernikahan dengannya ataupun yang bukan mahramnya.

Baginda amat murah hati orangnya. Tidak pernah Baginda tidur selagi ada dalam tangan Baginda sedinar ataupun sedirham. Bila ada kelebihan wang dalam tangannya dan tiada pula sesiapa yang hendak diberikannya sehingga malam tiba, maka Baginda tidak akan kembali ke rumahnya, melainkan sesudah Baginda menemui orang yang berhajat untuk diberikan wang yang lebih itu kepada orang tersebut.

Baginda tiada mengambil rezeki yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala lebih dari keperluan makan-minum untuk setahun saja. Selebih dari rezeki-rezeki itu Baginda letakkan untuk fisabilillah. Tidak pernah dimintai sesuatu darinya, melainkan Baginda memberinya.

Apabila habis, Baginda akan mengambil pula dari simpanan makanan keluarganya sendiri lalu memberikan kepada orang yang berhajat, sehingga seringkali belum sempat selesai akhir tahun, makanan itu akan kehabisan, lalu Baginda terpaksa meminjam pula dari orang lain untuk mencukupi keperluannya sendiri.

Bagindalah sendiri yang menjahit kasutnya bila putus dan menampal bajunya bila koyak. Baginda suka membantu ahli rumah dalam pekerjaan rumahtangganya.

Baginda amat pemalu orangnya tidak pernah menatap wajah orang lama-lama. Baginda menyahut undangan orang yang merdeka dan hamba sahaya. Baginda menerima hadiah tidak kira pun apa pun, walaupun hanya seteguk air susu, dan sering membalas hadiah itu dan memakannya. Tetapi baginda tidak memakannya dari pemberian sedekah. Baginda tidak pernah merasa dirinya rendah bila memenuhi keperluan hamba sahaya wanita ataupun seorang miskin.

Baginda amat marah sekali jika hak Allah dicabul, tetapi tidak marah pula, jika haknya sendiri dilanggar.

Pada suatu kali, seorang sahabatnya terbunuh di kawasan perkampungan Yahudi, Baginda tidak membalas dendam terhadap kaum Yahudi, tetapi Baginda menghukum menurut yang hak; iaitu mendenda mereka membayar fidyah sebanyak 100 ekor unta betina tidak lebih dari itu. Padahal para sahabat ketika itu, sangat berhajat kepada tambahan sekalipun seekor lagi untuk dijadikan makanan bagi menguatkan diri mereka.

Baginda sentiasa mengikat batu di perutnya untuk menahan lapar. Bila makan tidak pernah cerewet, tetapi makan apa yang disediakan saja dan tidak pernah menolak.

Kiranya makanan yang dihidangkan itu hanya buah tamar tanpa roti, baginda makan juga. Kiranya yang dihidangkan itu daging panggang, makan juga. Ataupun jika roti gandum atau roti syair, makan juga. Ataupun manisan saja atau madu, makan juga. Ataupun susu semata-mata tanpa roti, minum juga. Jika diberikan semangka ataupun kurma mengkal, makan juga.

Tidak pernah bersandar di waktu makan ataupun memasang meja untuk meletakkan makanan. Tidak pernah kenyang dari roti gandum selama tiga hari berturut-turut, sehingga wafat menemui Allah Ta’ala. Ini semuanya dilakukan semata-mata kerana mementingkan diri orang lain dari diri sendiri bukan kerana fakir atau kikir.

Adapun peribadi Rasulullah s.a.w. itu seorang yang amat tawadhu’ (merendah diri) amat pendiam bukan sombong, amat fasih dalam tutur kata tanpa banyak bicara amat sempurna dan elok paras rupanya. Tidak pernah menganggap penting sesuatu pun dari urusan keduniaan.

Cincinnya terbuat dari perak, yang dipakainya di jari kelingking kanan dan kiri. Baginda mengenderai keledai dan membenarkan di belakang keledai itu dibuncingi oleh hamba sahayanya ataupun orang lain.

Selalu melawat pesakit-pesakit meskipun rumahnya jauh dipinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin. Baginda menghormati orang-orang yang terutama, sentiasa memuliakan orang-orang yang dimuliakan dengan berbakti kepada mereka.

Baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa berhubung dengan kaum kerabatnya, tidak pernah mengecewakan sesiapapun, selalu menerima alasan orang yang memberikan keuzuran, suka bergurau-senda, tetapi tidak berkata melainkan yang hak saja, tertawanya setakat senyum saja tanpa mengilai.

Baginda tidak pernah mengingkari permainan-permainan yang mubah (harus) yang dibolehkan oleh agama, pernah berlumba lari dengan isterinya. Ada kalanya setengah-setengah orang tidak bertimbang rasa mengangkat suara di hadapan Baginda, tetapi Baginda tetap bersabar saja.

Tidak pernah makanan atau pakaian Baginda lebih baik dari makanan dan pakaian hamba sahayanya. Tidak pernah berlalu suatu masa pun tanpa membuat sesuatu pekerjaan yang diredhai Allah, ataupun pekerjaan lain yang perlu untuk membetulkan diri sendiri.

Baginda selalu bersiar-siar di kebun-kebun sahabat-sahabatnya. Tidak pernah menghina-hinakan orang miskin kerana kemiskinannya. Tidak gentar kepada raja kerana kekuasaan atau kerajaannya. Baginda menyeru yang rendah dan yang tinggi kepada Allah Ta’ala dengan seruan yang sama.

Allah Ta’ala telah melengkapkan peribadi Rasulullah s.a.w. dengan kelakuan yang tinggi dan siasah yang sempurna, padahal Baginda itu seorang yang ummi, tidak pandai membaca atau menulis. Baginda dibesarkan di negeri yang masih dibelenggu oleh kejahilan dan dikelilingi oleh padang pasir, hidup dalam keadaan miskin dan sebagai penggembala kambing, seorang anak yatim tiada berayah dan tiada beribu. Tetapi Allah Ta’ala telah mendidik baginda dengan  sifat budi pekerti yang luhur dan perjalanan yang terpuji.

Diceritakan kapada Baginda berita-berita orang yang terdahulu dan yang akan datang untuk diambil pelajaran daripadanya. Dijadikan sempadan bagi keselamatan dan kemenangan di Hari Akhirat serta tauladan bagi kebahagiaan dan jalan keluar di dalam dunia.

Wednesday, May 9, 2012

Contohilah Akhlak Nabi



Nabi Muhammad adalah Rasul yang diutuskan Allah untuk membetulkan akhlak manusia, sebagai Umat Rasulullah kita wajiblah mencontohi cara hidup (Sunnah) Nabi Muhammad s.a.w, akhlak yang terpuji tiada bandingannya, sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya. sebagaimana sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Antara Akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang hendaklah dicontohi

1- Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2- Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3- Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4- Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

 5- Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6- Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8- Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9- Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10- Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH s.w.t. dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah s.a.w. menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11- Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12- Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13- Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Subhanallah amat terpuji akhlakmu ya Rasulullah….

Kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja ditunjukkan dengan menyambut hari kebesaran Baginda sahaja, tetapi lebih dari itu. Menyebut dengan lidah yang kita menyayangi Baginda tanpa mengikut setiap ajaran dan perbuatan Baginda tidaklah cukup, lantaran sikap dan peribadi mulia Baginda inilah yang disanjung tinggi dan mampu mengubah dan memandu manusia kearah jalan yang benar, kearah mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Monday, April 30, 2012

AKHLAK ISLAMI

Apa erti AKHLAK ?

Menurut Al-Ghazali: 

Akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa manusia yang dapat melahirkan suatu perbuatan yang mudah dilakukan, tanpa terlalu banyak pertimbangan dan pemikiran yang lama.


Maka jika sifat tersebut melahirkan suatu perbuatan atau tindakan yang terpuji menurut ketentuan akal dan agama, dinamakan AKHLAK YANG BAIK.  Tetapi jika ia melahirkan perbuatan yang jahat, maka dinamakan akhlak yang buruk.



Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam, seperti hadis nabi:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak" (HR Ahmad)

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya" (HR Tarmizi)


Akhlak itu adalah sikap yang melahirkan perbuatan dan tingkah laku manusia; maka ianya tidak dapat dipisahkan dengan akidah (dan juga syari'ah).  [2:177]

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimannya.

"Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan" (HR Ad-Dailami)

[Pengertian IMAN: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."] 


Akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadat yang dilakukan.  Jika ibadah itu tidak melahirkan akhlak yang mulia, semuanya tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah.

Sembahyang:  "Sesiapa yang sembahyang tetapi tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah" (HR Tabrani)

Puasa:  "Apabila seseorang yang berpuasa, janganlah dia melakukan rafath (mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan bertengkar.  Jika dia dicerca atau diperangi maka katakanlah: Saya ini sedang berpuasa"

Haji:  "Sesiapa yang telah sempurna menunaikan haji tanpa melakukan rafath dan melakukan perkara-perkara yang fasiq, bererti dia kembali dalam keadaan suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya" 


Akhlak islami merangkumi setiap aspek kehidupan manusia: rohaninya, jasmaninya, agamanya, dunianya, akalnya, perasaannya, peribadinya, masyarakatnya.... 

Hubungan dengan peribadi:
 
(a) Jasmaninya, ada keperluan dan hajatnya.
 “Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan berlebih-lebihan.”
(Q.S. Al A’araaf: 31)

 
Rasululah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya terhadap badanmu engkau mempunyai kewajiban.’’
(H. R. Syaikhan)

 
(b)Akal, ada bakat dan lapanganya, 

“Katakanlah! Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepada sesuatu hal saja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (‘dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri, kemudian kamu fikirkan.”
(Q.S. Saba’ : 46)
 
(c) Jiwa, ada perasaan dan potensinya,

Dan firman-Nya:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah oranglah orang yang mengotorinya.”
(Q.S. Asy-Syams: 9-10)

 


Hubungan dengan keluarga:
 
(a) Perhubungan di antara suami isteri. Firman Allah:
“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(Q.S. An Nisaa : 19)

 

(b) Perhubungan di antara ibu bapa dengan anak. Firman Allah:
“Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada dua ibu bapanya.”  (Q.S. Al Ahqaaf: 15)
 

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”
(Q.S. Al lsraa’: 31)

 

(c) Perhubungan di antara karib kerabat. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku ‘adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat.”
(Q.S. An Nahli: 90) 

 

Dan Firman-Nya:
“Dan berilah kepada keluarga-keluarga yang berdekatan haknya dan orang-orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.”
(Q.S. Al Isra’: 26)

 


Hubungan dengan masyarakat:
 

(a) Adab sopan santun dalam pergaulan di dalam masyarakat. Firman Allah:
 “Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu (selalu) ingat.”
(Q.S. An Nuur: 27)

 

(b) Di dalam kegiatan ekonomi dan pergaulan: Firman Allah:
 “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (iaitu) orang-orang yang apabila menerima tukaran dan orang lain, mereka minta dipenuhi. Dan apabila mereka menukar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.”
(Q.S. Al Muthaffifin: 1-3)

 

Dan Firman-Nya: 

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermua’malah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya.”
(Q.S. Al Baqarah)

 
(e) Di dalam bidang politik dan pemerintahan. Firman Allah:
 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh) kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.”
(Q.S. An Nisaa: 58)



Hubungan dengan makhluk-makhluk yang tidak berakal seperti haiwan, burung dan sebagainya, sebagaimana dalam hadis bermaksud:
“Pelihara dirimu dan siksa Allah berkenaan dengan binatang-bina yang tidak dapat bercakap.  Tunggangilah ia dengan cara yang baik dan makanlah ia dengan cara yang baik. “

Dan hadis lain bermaksud:
“Berbuat baik kepada tiap-tiap makhluk yang mempunyai hati itu ada ganjaran.”
 

Hubungan dengan alam raya ini, 
iaitu dari sudut bahawa ianya adalah lapangan untuk direnungkan, diambil i’tibar, diperhatikan, difikirkan dan dijadikan bukti atas wujudnya Maha Pencipta yang memiliki Qudrat, Ilmu dan Hikmah Yang Maha Tinggi, daripada keindahan dan kerapian susunnya, sebagaimana Firman Allah:
 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tandatanda bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan tunduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) ‘Ya Tuhan kami, tiada Engkau menciptakan melainkan dengan sia-sia, Maha Suci Engkau.”
(Q.S. Ali lmran : 190-191)

 
Dan juga dari sudut supaya di pergunakan dan dinikmati segala kebaikan dan kemudahan yang telah disediakan Allah padanya bagi manfa’at manusia agar mereka bersyukur kepada Allah di atas segala limpahan rahmat dan kurnianya. Firman Allah
 “Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang di langit dan di bumi dan meyempurnakan nikmat-Nya yang lahir dan batin untukmu.”
(Q.S. Lukman: 20)

 
Dan Firman-Nya:
 “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu Allah.”
(Q.S. Al Baqarah: 172)

 

Hubungan dengan hak Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pencipta, sumber dan segala nikmat yang berhak mendapat segala pujian, sebagaimana firmannya-Nya:
“Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha penyayang, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya engkaulah kami memohon pertolongan. Pimpilah kami ke jalan yang lurus.”
(Q.S. Al Faatihah: 2-6)

 


Wednesday, April 11, 2012

Langkah untuk menjaga iman

Tidak selamanya hati seorang mukmin tetap berada dalam puncak keimanan sampai akhir hayatnya, sehingga ia wafat dalam khusnul khotimah. Iman dalam hati selalu terbolak-balik, kadang di atas, kadang di bawah, atau bahkan kandas dan menghilang. Terlebih di zaman yang penuh dengan fitnah, syubhat, dan syahwat saat ini. Ibarat kuda bagi seorang pengembara, ia harus dirawat, diberi makan dan minum, juga dimandikan, agar tetap bersih dan kuat. Karena kuda itu yang akan membawanya ke tempat tujuan. Iman di dalam hati hendaknya selalu dirawat dan dikuatkan, agar dapat menjemput kematian dengan kondisinya yang baik. Keteguhan menjaga iman, itulah yang dinamakan tsabat.
 
Kitabulloh dan sunnah rosululloh mengajarkan banyak sekali langkah untuk menjaga iman di dalam hati. Beberapa di antaranya yang ingin saya paparkan, karena efektif untuk dilakukan adalah :
 
Doa
Apapun masalahnya, senjata kaum muslimin yang tidak boleh terlepas adalah berdoa. Layak untuk dikatakan sombong orang yang tidak pernah memohon kepada yang memberikan kekuatan dan yang mampu membolak-balikkan hati, padahal sejatinya dia membutuhkan.
 
“Wahai Robb yang mampu memutar balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamamu”
 
Selalu berdoa, memberikan ketenangan di hati dan perbendaharaan pahala yang tiada terkira.
 
 Akrablah dengan Al-Quran
 
“Orang-orang kafir berkata, mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja? Demikianlah supaya kami meneguhkan hatimu dengannya dan kami membacakanya secara tartil dan teratur dan benar” (Al-Furqon 32-33)
 
Al-Qur’an sebagai penerang hati yang gelap. Karena dia adalah syifaaullimaa fishuduur, obat untuk penyakit yang ada di hati. Bacalah Al-Qur’an, maka Alloh akan meneguhkan hatimu dengannya. Baca dengan tartil dan hayati maknanya, maka ia akan menguatkan hati yang goyah, menghibur kesedihan, mengingatkan ketika lalai, memotivasi hati yang putus asa. Kalaupun tidak paham maknanya, maka dengan membaca saja sudah dapat membuat perubahan besar dalam diri seorang muslim.
 
Jikalau seorang muslim tidak pernah membaca Al-Qur’an, maka ibarat rumah yang tidak berpenghuni, berdebu dan bahkan dihuni oleh tikus, kecoa, dan sarang laba-laba. Reyot, dan akan hancur dengan sendirinya dimakan usia. Jangan sampai hati kita dihuni oleh kecoa, sawang (sarang laba-laba) dan tikus .
 
dari Abdulloh bin Abbas r.a berkata
 
“seseorang yang tidak ada sedikit pun Al-Qur’an di dalam hatinya itu seperti rumah kosong“ (HR. tirmidzi)
 
Banyak beramal sholeh
 
“dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik buat mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)”  (An-Nisa : 66)
 
“Alloh meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Dan Alloh menyesatkan orang-orang yang zalim. Dan Alloh apa saja yang ia kehendaki”  (ibrahim :27)
 
Abu Qotadah menerangkan tentang surat ibrahim di atas “ Adapun dalam kehidupan dunia, Alloh meneguhkan orang-orang yang beriman dengan kebaikan dan amal sholeh, dan yang dimaksud dengan kehidupan akhirat adalah alam kubur (ibnu katsir, 4/421)
 
Carilah ladang amal sholeh yang ternyata begitu banyak tersedia di sekitar kita disadari atau pun tidak. Berbuat kebaikan walaupun kecil, dan tidak ada orang yang menghargai seperti membuang sebiji sampah dari masjid,atau menyingkirkan batu dan duri dari jalan, itu akan memberikan keteguhan iman di dalam hati ikhwah.
 
Kecil, tapi selalu dikerjakan itu lebih baik. Dan besar, tapi juga kontinyu itu lebih baik lagi.
  
Menasehati orang lain
 
Menasehati orang lain sebenarnya tidak hanya berdampak kebaikan untuk orang lain, tapi juga untuk diri kita sendiri. Benar sekali, itulah hikmah rosul memerintahkan kita untuk selalu beramar ma’ruf nahi mungkar. Jiwa seseorang jika tidak disibukkan dengan ketaatan, bisa dipastikan ia disibukkan dengan kemaksiatan. Sebab iman itu kadang naik dan kadang turun. Maka kita tetap berusaha untuk menjaganya agar tidak hancur manakala turun dengan amar ma’ruf nahi mungkar. Ketika muncul sikap kita memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka sedikit banyak ia akan mendorong diri untuk tetap berada dalam kebaikan itu.
 
“hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan, amat besar murka Alloh ketika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”  ( Ashoff :2 )
 
Sekalipun seseorang belum melaksanakan nasehat yang diutarakannya,ketika ia  perintahkan orang lain untuk mengerjakannya, maka itu akan memaksa dia untuk melakukannya juga. Efek timbal balik.
 
Mari saya gambarkan dengan kisah Umar bin Khottob, ketika beliau di suatu malam berjalan keliling kampung-kampung untuk mengecek rakyatnya. Beliau mendengar suara segerombolan orang yang sedang pesta minuman keras. Maka langsung beliau melewati pagar, masuk rumah dan mengejutkan mereka. Mereka terkejut, tapi umar lebih terkejut karena diantar mereka ada yang menasehati.”yaa amirul mukminin, mengapa engkau masuk rumah tanpa izin dari pemilik rumah dan masuk dari belakangnya?!, padahal Alloh melarang untuk masuk sebelum ada izin dari tuan rumah, dan memerintahkan masuk dari pintu-pintunya”. Lalu umar meminta maaf dan kembali.  Rupanya mereka sadar akan kesalahan mereka juga, dan esoknya mereka meminta maaf kepada umar dan bertaubat.
 
 
 Mendatangi ulama
 
Dekat dengan ulama akan mendatangkan kemantapan dalam iman. Karena kita akan banyak mendapat nasehat dan teladan darinya. Nasehat dari ulama ini tidak hanya dibutuhkan oleh kita, bahkan ulama seperti ibnul Qoyyim aljauzi pun ketika ditimpa kegundahan yang sangat beliau mendatangi syaikhul islam ibnu Taimiyah untuk mendapat pencerahan darinya.
 
Di antara manusia ada orang-orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan” (HR. Ibnu majah, no. 237 . hasan)
 
Datangilah orang-orang yang menjadi kunci kebaikan itu, mintalah siraman kesegaran kata nasehat agar hatimu menjadi lunak. Di setiap zaman yang penuh fitnah pasti ada ulama yang menjadi tiang sandaran bagi kaum muslimin untuk tetap teguh di jalan yang lurus. Semisal ketika masa pemurtadan gencar (masa riddah) setelah wafatnya rosululloh shollallohu alaihi wasallam,  ada abu bakar yang menjadi rival bagi murtaddin, dan rujukan kebenaran bagi kaum muslimin. Begitupun ketika masa minhah terjadi, dimana fitnah pemikiran Al-Qur’an adalah makhluq dan banyak para ulama yang dibunuh. Maka ada imam ahmad yang berdiri tegar menjadi tameng kaum muslimin. Selalu ada yang menguatkan iman di sepanjang zaman, mari datangi mereka.
 
Berteman dengan orang sholeh
 
“wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Alloh, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (jujur)” ( QS, Attaubah : 119)
 
Perbanyaklah berteman dengan orang-orang sholeh dan benar, karena engkau akan dapat tertular kesholehannya dan kebaikannya. Bukan berarti kita memutus hubungan sama sekali dengan orang yang tidak sholeh. Manakala kita sudah kuat iman dan tsabat, mereka malah menjadi ladang kiat untuk dakwah dan memberikan cahaya.
 
seorang yang duduk berteman dengan orang sholih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak misk dan pandai besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau bisa membelinya atau paling tidak dapat baunya. Sedangkan berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, minimal engkau dapat bau hangusnya” (HR. Bukhori. No 2101 dari abu musa)
 
Dapatkan beribu semangat iman dari teman yang sholeh, dengan melihatnya dalam ketaatan saja insyaAlloh akan membangkitkan hati kita.
 
Mengurangi hasyrat keduniaan
 
Artinya sedikit kita kurangi perhatian kepada dunia., dan mengedepankan kembali cita-cita akhirat. Karena hasrat keduniaan ini menutupi nikmatnya iman dan manisnya beramal sholeh.
 
Ini adalah nasehat dari syaikh Utsaimin dalam kitab majmu’fatawa. Beliau mengatakan bahwa banyak sekali orang-orang kecil yang tidak tersorot oleh dunia dapat khusyu membaca Al-Qur’an dan bisa mencucurkan air mata karenanya. Anak-anak kecil di serambi masjid yang berusaha mengaji dengan semangat tanpa rasa malas. Karena mereka belum tersentuh oleh glamournya dunia yang dapat menyebabkan hatinya bercabang kesana kemari.  
 
Adakah mampu kita meniru sosok umar bin khottob ketika ia rela menyedekahkan kebun kormanya yang luas dan ber-aset  ratusan juta hanya karena tertinggal sholat ashar berjama’ah di masjid ?. Betapa kecil dan tak berharga sama sekali dunia dalam pandangan beliau. Akankah kita rela meninggalkan hasrat bisnis kita dan menoleh kepada akhirat. Pasti dan harus kita rela.
 
Itulah sebagian cara dari berbagai cara yang ada. Semoga tips-tips di atas dapat menjadi inspirasi untuk kita dan penulis sendiri khususnya dalam menjaga iman ini agar tetap lurus hingga husnul khotimah rela hadir menutup usia kita. Tetaplah memohon petunjuk dan pertolongan dari Alloh. Wallohu ta’ala a’lam.