Saturday, April 28, 2012

April 2012: 1304, 2004, 2704

For the past three sessions, the circle dealt with the article 'how to be a muslim' by Fathi Yakan. And we have only so far discussed the first two parts of the article

the link is here:  to be a muslim

the first part dealt with Aqidah. Ianya merangkumi rukun iman yang enam dan beberapa aspek lain yang telah diterangkan dalam Surah Al Baqarah 2:177. Aqidah itu mempercayai pada benda ghaib. Seperti jika kita bersedekah, kita mengharapkan suatu balasan... bagaimana kita percaya bahawa kita akan dibalas??? 

Semua ciptaan Allah itu diciptakan dengan tujuan yang tertentu. Manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di dunia ini dan untuk menyembah Allah... (2:30 dan 51:56-58) Kita hendaklah mencintai Allah... berzikir padaNya, sentiasa beristigfar, bersyukur atas segala nikmatNya.. hendaklah melebihkan Allah daripada segalaNya dan hanya kepadaNya kita berserah setelah membuat segala usaha yang mampu dibuat. 

kita perlu sedar bahawa Allah itu terlalu dekat dengan kita... sebagaimana yang tercatat dalam 50:16, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita.... dan 58:7 di mana Allah itu sentiasa bersama kita di mana-mana sahaja. 

Jikalau kita tidak mengendahkan pengajaran Al Quran, maka ketahuilah syaitan itu akan menjadi teman (43:36). 

Bahagian seterusnya adalah mengenai ibadah.... di mana ibadah itu merangkumi rukun islam yang lima.... di dalam membuat ibadah, kita hendaklah melakukannya dengan ihsan, khusyuk, hati yang merasai Allah.... 

Di dunia sekarang ini, adalah lebih penting bagi kita uzlah perasaan daripada uzlah fizikal. Zaman nabi, para sahabat melakukan uzlah fizikal, iaitu mengasingkan diri mereka daripada dunia ini..akan tetapi zaman kini, amatlah susah bagi kita untuk meninggalkan dunia secara total... maka perlu ada keseimbangan antara dunia dan agama...bergaullah dengan manusia lain tapi asingkanlah perasaan.... 

 iaitu uzlah syu'uriyyah.. iaitu; mengasingkan perasaan sahaja sedangkan jasad kita masih terus ada di situ.
Atau dalam maksud yang lain, menguzlahkan prinsip kita dan kita masih bergaul/bersahabat dengan masyarakat/komuniti.
Contoh yang boleh diambil adalah dalam surah ashabul kahfi, cuba check ayat: 32-43 tentang kisah dua orang yang bersahabat, seorg kafir, seorang lagi beriman. Walaupun beliau ber"sahabat" dengan sahabat kafirnya tersebut, beliau tetap menguzlahkan prinsipnya sendiri. Bahkan, beliau tidak berhenti menasihati dan berdakwah kepada sahabatnya yang kafir tersebut.
Dalam keadaan manusia sibuk bergembira dan beramah mesra, kita masih menjaga tertib dan adab. Dalam manusia riuh bersorak dalam sebuah perlawanan sukan/keraian/persembahan, kita masih tidak lupa kepada Allah dan ada batas-batas syariah yang sentiasa dipatuhi.

Akhirul kalam, Ingatlah sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Dan ketahuilah beza antara cinta dan taat kepada Allah.... jika kita hanya taat, kita hanya melakukan sekadar yang fardhu dan meninggalkan yang haram... akan tetapi jika kita mencintai Allah, kita akan melakukan segala apa yang terdaya untuk meraih cintaNya...iaitu melakukan yang wajib beserta dengan yang sunat... maka istiqamah lah kita... teruskanlah usaha kita dalam mencari cinta Allah....

No comments:

Post a Comment