.
1- Al-Isra’,
2-Al-Hadid.
3- Al-Hasyr.
4- As-Saf.
5- Al-Jumat.
6- At-Thaghabun.
7- Al-A’la.
.
Kesemua 7 surah tersebut dimulai dengan ‘Tasbih’
memuji Allah SWT. Secara tidak langsung angka ini berhubung kait dengan
lapisan langit dan bumi yang tujuh di mana terdapatnya dan menghuninya
seluruh makhluk yang Maha Khaliq.
.
Firman Allah SWT :
“Tujuh lapis langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada padanya sentiasa bertasbih kepada Allah; dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah: Isra 17; Ayat 44).
.
.
Permulaan Surah Tasbih
Sesiapa yang sering membaca
surah-surah ini, InsyaAllah akan dimurahkan rezeki, memperolehi
ketenangan dan memahami tujuan dirinya wujud di dunia ini. Mari kita
lihat permulaan 7 surah Al-Quran yang bermula dengan ‘Tasbih’ (Pujian kepada Allah SWT) ini:
.
1. (Surah Al-Isra’ 17; Ayat 1)
Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari
dari Al Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang
Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
.
.
2. (Surah Al-Hadid 57; Ayat 1)
Segala yang ada
di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran
Allah); dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
.
.
3. (Surah Al-Hasyr 59; Ayat 1).
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
.
.
4. (Surah As-Saf 61; Ayat 1).
Telah bertasbih
kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi;
dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
.
.
5. (Surah Al-Jumaat 62; Ayat 1).
Segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada
Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana.
.
.
6. (Surah At-Thaghabun 64; Ayat 1)
Sentiasa bertasbih
kepada Allah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan hanya
Allah lah yang mempunyai semua kerajaan dan bagiNyalah segala pujian;
dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
.
.
7. (Surah Al-A’la 87; Ayat 1).
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
.
.
Surah-surah tersebut membuktikan Alam
Semesta sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah SWT. Oleh yang
demikian yakinlah bahawa segala sumber kekayaan alam ini adalah di
tangan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment