Tuesday, March 13, 2012

09/03/2012 : HIDUP DALAM ISLAM

Tempat: Lambak

Surah Al-Baqarah 2:208-209

 Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (secara keseluruhannya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. 
 
 Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

  • Seruan kepada orang-orang yang beriman
  • Hendaklah mengislamkan diri mereka dengan islam secara keseluruhannya - Islam pada zahir dan pada batin.  Akal fikiran islam, hati nurani islam dan juga pancaindera islam.
  •  Hubungan hamba dengan Allah:  Al-Fatihah 1:5 - “Hanya kepada Engkau (Allah) sahaja kami mengabdikan diri dan hanya kepada Engkau (Allah) sahaja kami memohon pertolongan.”
  • Hubungan manusia dengan manusia --> mentaati Allah dan melaksanakan takwa
  • Hubungan manusia dengan alam maya --> memelihara alam maya dan pada masa sama mengambil manfaat daripadanya
  • Allah mengingatkan orang yang beriman tentang syaitan.  Syaitan mengadakan tipu daya terhadap pengikut Nabi Musa as dan pengikut Nabi ‘Isa as, lalu mereka meminda disiplin Islam yang dibawa oleh nabi-nabi mereka. Syaitan mengadakan tipu daya terhadap umat Nabi Muhammad saw, lalu mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri atas alasan berlainan mazhab. Mereka lupa kepada disiplin Islam yang mereka diperintah mengamalkannya.
  •  Akibat tipu daya syaitan sebahagian daripada manusia tergelincir daripada disiplin Islam dan keluar daripada kebenaran walaupun kebenaran disiplin Islam itu sudah terbentang nyata. Allah mengingatkan bahawa Dia adalah al-‘Aziz, Maha Perkasa lagi al-Hakim, Maha Bijaksana. Tidak ada disiplin lain yang lebih baik daripada disiplin Islam yang Allah tentukan. Allah mengadakan satu-satu peraturan dan hukum bukan secara main-main. Allah mengadakan hukum dan meletakkan penguatkuasaan. Sesiapa yang menyimpang akan menerima natijahnya.
  • Jika semua orang islam mengamalkan kehidupan sistem hidup secara islam, akan wujudlah masyarakat yang berkasih sayang, bersatu padu...yang cuma terikat dengan hubungan sesama islam...tiada ada beza bangsa, negara, warna dan bahasa.....

No comments:

Post a Comment