Wednesday, March 14, 2012

5/1/2012: MUNAJAT KEPADA ALLAH

Munajat berasal dari bahasa Arab yg maknanya merahsiakan..
Jadi maksud Munajat atau Bermunajat ialah mendekati Allah dgn cara berdoa atau berzikir dan lain-lain...

Pengertian ibadah....

Dari segi bahasa 'ibadah bererti merendah diri, tunduk patuh dan ta'at 
Dari segi syara' pula 'ibadah diertikan sebagai ta'at, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah 
Jelasnya, 'ibadah ialah peng'abdian diri sepenuhnya kepada Allah
 
Dari segi ini Al-Our'an menjelaskan, 'ibadah sebagai ubudiyyah dan keta'atan. 

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai 'ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allgh demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari'atkan oleh-Nya.  Islam tidak menganggap 'ibadah-'ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain.

Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim dengan penuh ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah serta dikerjakan menurut ketetapan-ketetapan syara' maka ianya dianggap sebagai 'ibadah yang dikumpulkan sebagai 'amal salih'. Oleh itu ruang lingkup 'ibadah di dalam islam sangatlah luas Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja 'amal yang diredai oleh Allah di dalam tempoh tersebut.

DOA ADALAH IBADAH.....

Doa adalah senjata orang mukmin.
 Surah Al-Furqan 25:77
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu". 

Nabi Yunus as. adalah seorang nabi yang sentiasa berdoa - walaupun di dalam senang.  Semasa Nabi Yunus as. berada di dalam perut ikan, beliau sentiasa membaca doa ini:

 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
"Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau; Maha suci Engkau, aku termasuk orang-orang yang zalim "
Cara-cara berdoa:
Ada cara-cara yang dapat anda semua lakukan agar doa anda itu mudah makbulnya di sisi Allah SWT. Antaranya:
 
1.  Bertaubatlah terlebih dahulu dengan membaca kalimat Al-Istighfar. 
Firman Allah SWT: “…Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)

2.  Menadah tangan dan menghadap kiblat sewaktu membaca doa. 
Sabda Rasulullah SAW: “Tuhan kamu Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia malu jika hamba-Nya sudah mengangkat tangan berdoa kepada-Nya lalu tidak diberi.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

3.  Mulakan doa dengan ta’awudz terlebih dahulu untuk mengelakkan kita daripada gangguan syaitan. Contohnya, “Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam.”

4.  Mulakanlah doa kita dengan memuji Allah SWT dan akhirilah dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Doa tanpa memuji Allah SWT, tasbih dan selawat ke atas Nabi dikira gopoh dan tidak cukup sopan.

5.  Lontarkanlah suara kita antara suara terdengar dan suara yang agak perlahan.

6.  Harus yakin bahawa doa kita akan diperkenankanNya, jangan sekali-kali meragui kekuasaan Allah melayani permintaan hamba-hambaNya.

7.  Ulanglah doa kita berkali-kali dan bersungguh-sungguhlah dalam memintanya. Hendaklah dilakukan dengan penghadiran hati, rendah diri, mengakui kelemahan dan menjiwai kebesaran Allah SWT.

  • Doa dikabulkan secara direct (terus), perantaraan atau di akhirat
  • Nilai seseorang di depan Allah bergantung kepada doanya

 Tempat & Waktu yang terbaik untuk berdoa

Pemilihan tempat dan waktu yang terbaik untuk berdoa juga penting dalam memastikan sampainya doa kita kepada Dia Yang Maha Kuasa.


Tempat:

1.  Ketika kita melihat Kaabah.
2.  Ketika kita melihat masjid Rasulullah SAW.
3.  Ketika berada di depan Kaabah.
4.  Ketika kita berada di Raudah (Masjid Nabi).
5.  Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
6.  Di sisi perigi zamzam.
7.  Di atas Bukit Safa dan Marwah.
8.  Di padang Arafah.
9.  Di Muzdalifah.
10. Di Mina.
11. Di sisi jumrah yang ketiga.
12. Di masjid-masjid.
13. Di surau-surau.



Masa:

1.  Ketika menuju ke medan perang.
2.  Dalam pertempuran di medan perang.
3.  Ketika hujan.
4.  Sesudah berwudhu’.
5.  Selepas azan (antara azan dan iqamah).
6.  Sewaktu sujud.
7.  Di akhir surah Al-Fatihah.
8.  Sesudah membaca Al-Qur’an dan sesudah selesai menunaikan solat fardhu lima waktu.
9.  Di tengah malam.
10. Di sepertiga malam yang pertama dan terakhir bulan Ramadhan.
11. Pada bulan Ramadhan.
12. Malam Lailatulqadar.
13. Pada hari Jumaat.

    Ingatlah agar sentiasa SABAR & SYUKUR


    2:152

    2:153

    Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). 
      
    Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar 
    ~Surah Al-Baqarah 2:152-153


    Orang yang makbul doanya:

    Antara golongan yang doanya mudah dimakbulkan adalah:
    1.  Doa seorang pemimpin yang adil.
    2.  Doa orang yang sedang berpuasa.
    3.  Doa orang yang dizalimi.
    4.  Doa seorang muslim untuk saudaranya.
    5.  Doa seorang anak untuk kedua-dua orang ibu bapanya.
    6.  Doa orang tua kepada anaknya.

    “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
    (Surah Ghafir 40: 60)

    No comments:

    Post a Comment