Tuesday, March 13, 2012

10/2/2012 : NAFSU

Tempat: Masjid Serusop


  • Nafsu ada yang baik dan ada nafsu yang berlebihan
  • Timbul keinginan = syahwat
Al-Imran 3:14

 Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini (yang terdiri) daripada perempuan, anak-pinak, harta benda yang banyak daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah perhiasan (kesenangan) hidup di dunia namun, di sisi Allah jua sebaik-baik tempat kembali.

  • Manusia itu beringinkan kepada kesenangan dunia
  • Apa-apa kesenangan dunia itu sungguh indah...sungguh diingini
  • Bermula daripada syahwat atau keinginan, lahir kecintaan terhadap apa yang diingini itu, maka yang diingini dan dicintai itu kelihatan cantik dan menarik. Bila berlaku demikian hati pun menjadi tertawan, menjadi hamba kepada apa yang diingini dan dicintai itu.
  • manusia amat mencintai dunia
  • Perkara-perkara yang mudah menguasai syahwat ialah perempuan, anak-pinak, harta benda seperti emas dan perak, kenderaan, binatang ternak dan sawah ladang. Semua itu merupakan kesenangan bagi kehidupan dunia. Dalam mencari kesenangan yang demikian hendaklah diingat bahawa di sisi Allah jua sebaik-baik tempat kembali. Apa jua yang dituntut dalam dunia ini hendaklah atas dasar mentaati perintah Allah dan mencari keredaan-Nya, bukan kesenangan duniawi semata-mata yang dituntut.
  • tempat yag sebaik-baiknya adalah syurga
  • Allah tidak melarang manusia mempunyai kesenangan, cuma hendaklah semuanya kerana Allah...dan ingatlah akan syurga....  
  • Apabila kehidupan dunia dijadikan medan perjuangan pada jalan Allah, kerana mencari keredaan-Nya dan mengharapkan wajah-Nya, maka tempat kembali di akhirat adalah sebaik-baik tempat.
  • Perempuan adalah fitnah yang terbesar
  •  Al Kahf 18:46  
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

  • At-Taubah 9:24 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


Hendaklah kita menjauhi perkara yang melalaikan.....
Surah Al-A'raaf 7:51
   (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Surah Al-Anáam 6:70
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).


 Surah Luqman 31:6
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. 


dan janganlah mengingkari Al-Quran

Surah Al-Baqarah 2:90
  Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan. 


 Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? 
~ Surah Al-Anáam 6:32

No comments:

Post a Comment