Saturday, March 17, 2012

16/03/2012: BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN part 1


Penurunan Al-Quran dalam 3 tahap:
Tahap pertama, A-Qur’an diturunkan secara keseluruhan(sedebuk) ke lawh al-mahfuz(Lohmahfuz).
بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ۬ مَّجِيدٌ۬ (٢١) فِى لَوۡحٍ۬ مَّحۡفُوظِۭ (٢٢ 
“Bahkan dialah al-Quran yang mulia, berada di lawh mahfuz.” – (Al-Buruj:21-22)

Tahap kedua, dari Lohmahfuz ia diturunkan ke bayt al’izzah yang terletak di langit dunia pada malam Lailatulqadar.
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥
“Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza.” – (al-Baqarah:185)

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣

“Sesungguhnya, kami telah menurunkannya(al-Quran) pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatulqadar? Ia lebih baik daripada 1000 bulan.” – (al-Qadr:1-3)

Dengan dalil-dalil ini menunjukkan bahawa……semua peristiwa dan cerita di dalam al-Quran telah ditetapkan oleh Allah swt yang memang akan berlaku satu demi satu sehinggalah hari Qiamat. Ini lah yang dikatakan sebagai projek Allah azzawajalla. Qadho’ dan Qadhar Allah swt ini tidak kita ketahui, oleh itu kita kena berusaha kearah kebaikan seperti mana garis panduan yang diberikan oleh Allah swt di dalam al-Qur’an dan Hadith.


Tahap ketiga, dari Baitul’izzah ia diturunkan beransur-ansur kepada Rasululah saw melalui Malaikat Jibril.
Ibnu Abbas menyatakan;

“Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatuqadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekali gus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur.”

Penurunan ini berlaku selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari (23 tahun)
Iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.


Penurunan al-Quran mengikut suasana/keadaan ketika itu. Kita panggil sebagai mulabasat al-Quran. 

Di Makkah, 3 tahun pertama adalah dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara sembunyi(Sir), kemudian 7 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara terang-terangan(Jahr) dan 3 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw keluar dari Kota Makkah.(semuanya 13 tahun dan kebanyakan ayat yang diturunkan adalah untuk membaiki aqidah jahiliyyah ke aqidah Islam)

Kemudian berlaku penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah. Banyak berlaku peperangan di peringkat ini. Maka ayat ayat yang turun bersesuaian dengan keadaan ini. Kebanyakan ayat hukum hakam turun di zaman ini. 

Zaman Madinah:
Ada 2 fasa,
Fasa 1 : 5 thn pertama dakwah secara defensive iaitu umat Islam telah diserang oleh musuh, maka mereka lebih kepada
mempertahan diri. Peperangan yang terlibat seperti perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan lain-lain.

Fasa 2 : 5 thn akhir dakwah secara offensive iaitu berlaku pembentukan kerajaan Islam dan umat Islam mula mengembangkan wilayahnya. Peperangan yang terlibat seperti peperangan Hunain, peperangan Tabuk dan lain-lain.

Beza Surah Makkiyah & Surah Madaniyah

Surah Makkiyah:
  • Untuk membetulkan akidah dan memantapkan iman
  • Ajaran kepada tauhid & beribadah hanya kepada Allah
  • Pembuktian mengenai kebangkitan dan hari pembalasan, hari kiamat dan kengeriannya, neraka dan siksanya, syurga dan nikmatnya
  • Peletakan dasar-dasar umum bagi perundangan & akhlak mulia
  • Penyingkapan dosa orang musyrik dalam penumpahan darah, memakan harta anak yatim secara zalim, penguburan hidup-hidup bayi perempuan dan tradisi buruk lainnya.
Surah Madaniyah:
  • Kebanyakannya mengenai hukum
  • menjelaskan ibadah, muamalah, had, kekeluargaan, warisan, jihad, hubungan sosial, kaedah hukum dan masalah perundangan
  • Seruan kepada ahli kitab, dari kalangan yahudi dan nasrani. dan ajakan kepada mereka untuk masuk islam
  • menyingkap perilaku orang munafik 


Siapa yang menyusun surah-surah di dalam al-Qur’an mengikut susunan seperti sekarang?
Setiap tahun, Jibril datang bersolat dengan Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Jibril membaca mengikut susunan yang dikehendaki oleh Allah swt (Taufiqi). Setiap tahun bacaan dalam solat bertambah lama kerana berlaku pertambahan surah-surah. Sehinggalah lengkap satu al-Quran seperti sekarang.


Bagaimana hendak berinteraksi dengan al-Quran sebagaimana di zaman Rasulullah saw?

Mereka seolah-olah berkata-kata dengan al-Quran. Mengikut arahan dan saranan yang ada di dalamnya dengan tanpa banyak soal. Mereka yakin setiap yang ada di dalamnya adalah benar belaka dan membawa kebaikan. 

MEMBACA AL-QURAN

Pernahkah kita tidak merasa apa-apa ketika membaca Al-Quran? macam biasa je perasaan….. no feeling…

Ketika hendak membaca pun kadang-kadang terasa berat, apatah lagi hendak memahami atau menghayati, dan hendak diamalkan dan kemudian jadi pemangkin kepada cara hidup kita.

Seperti……… tidak terkesan dengan apa yang kita baca; tak dapat nak mengubah cara kita berfikir dan cara amalan hidup kita, seolah-olah kita di satu pihak dan Al-Quran di satu pihak yang lain. Sedangkan kita tahu ia adalah wahyu daripada Allah.


Sebenarnya kita sendiri yang tidak faham Al-Quran

Lihat contoh mereka yang faham (Fiqh) dengan Al-Quran:

Nabi Muhammad saw bangun dari selimut dan berdakwah bila turun 6 ayat surah Al-Muddathir

Umar r.a. terus masuk Islam bila baca surah Toha
- طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ (٦) وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَى (٧)
Toha(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa (3); (Al-Quran) diturunkan dari (Allah) yang telah mencipta bumi dan langit yang tinggi (4); iaitu (Allah) yang bersemayam di atas arasy (sesuatu dengan kelayakanNya) Dialah juga yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, serta yang di antara keduanya (5) dan juga yang dibawah tanah (perut bumi)

Baru beberapa sahaja ayat Umar menbacanya, terbitlah daripada mulut Umar, “ Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya”. Kemudian terus membacanya sehingga ayat 12.

Sahabat tuang arak sehingga bumi Madinah basah(becak) bila turun ayat pengharaman arak.
Tabi’in besar Said bin Musayyaf (tua; kening dah turun; buta mata sebelah) pergi berperang walaupun uzur kerana faham ayat Allah 9:41 At-Taubah
ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Jadi macamana kita nak faham dan berinteraksi dengan Al-Quran seperti mereka?

5 Perkara Penting Dihayati Untuk Berinteraksi Dengan Al-Quran.

I. Merasai Al-Quran diturunkan untuk diri kita
II. Memahami Bahasa Arab
III. Menggunakan hati yang berperasaan
IV. Memahami sebab dan latarbelakang penurunan ayat.
V. Menyedari siapa kita.

AL-QURAN UNTUK KITA

Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ yang maksudnya, Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa “
Banyak al-Quran terjemahan menulis “Katalah( wahai Muhammad)”, cara pentejemahan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu bergantung kepada penterjemah. Hakikatnya……..walaupun dikala itu untuk Nabi Muhammad saw, ia adalah untuk kita.
 
Sepatutnya, dikala kita baca surah ini kita sepatutnya berfahaman; “Katakanlah(wahai Shuhada)” atau “katakanlah(wahai Azura)”) atau “Katakanlah(wahai Zuraidah)” atau “Katakanlah (wahai si pembaca)”, Katakanlah bahawa Dialah Allah, Yang Maha Esa. Al-Quran diturunkan untuk Nabi Muhammad dan juga untuk KITA.

Terdapat perbezaan perasaan(feel) ketika membaca orang punya berbanding kita punya…
Contohnya membaca surat cinta;
Membaca surat cinta kepunyaan orang lain tidak memberi kesan mendalam dalam hati kita berbanding membaca surat cinta yang memang kepada kita sendiri. Bila je baca “ Yang dikasihi dan yang dicintai adinda disana, semoga sihat sejahtera. Senyumlah selalu , semoga hati kekanda gembira. Bila kita dapat berjumpa? Rasa rindu tidak terkira. Kalau adinda menyayangi kekanda, tunggulah buat setahun dua ini. Pasti rombongan datang ke rumah.”
Berbunga-bunga hati si adinda, apapun rintangan akan tetap menunggu kekanda walaupun melebihi setahun dua…..
Perasaan seperti ini tidak akan wujud dalam hati kita jika surat itu kawan kita punya. Tidak perlu menunggu, tidak terasa bangga, hatipun tidak berbunga.

Begitulah juga Al-Quran, Jika kita merasai ia diturunkan hanya kepada Nabi, payahlah kita nak merasai apa-apa. Melainkan kita beranggapan ia diturunkan untuk kita. Allah swt berkata-kata dengan kita. Menasihati kita. Menunjuk jalan terbaik yang patut kita ikuti. Jika kita terasa kita dengan Allah ada hubungan tertentu (Kekasih….Tuan….Raja…Menyayangi kita….Memelihara kita….Penyelamat…Pemberi rezeki yang selama ini kita hidup senang….tak terkira,melebihi segala-galanya…) maka, kita dengan senang hati menuruti segala kata-kataNya. Jika kita tidak terasa kita ada hubungan Allah, maka…..kita akan acuh-tak acuh (tidak mengambil berat) setiap kata-kataNya.

Hadis surah Fatihah

Bila kita membaca Al-Quran, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita. Allah menjawab bacaan kita. Dalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..
”….. apabila hamba itu berkata , ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan daku’; apabila hamba itu berkata ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu’; apabila hamba itu berkata مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) , Allah menjawab ‘Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) , Allah menjawab ‘ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku’ (Hadith Sahih Muslim)

Itulah rahsia surah Al-Fatihah di dalam solat yang merupakan dialog di antara Allah dengan hamba-Nya; sesuai dengan pengertian solat yang bermakna doa (permohonan).

Begitu juga dalam bacaan ayat-ayat sajadah (ada 14 tempat di dalam Al-Quran kita di minta berinteraksi dengan Allah dengan sujud kepada-Nya. Jadi perlu ada penghayatan dan kefahaman dalam bacaan Al-Quran, agar ia masuk ke dalam hati dan terkesan dalam hati; apatah lagi bila dalam solat, kita sebenarnya berkata-kata, bermunajat, memohon dan merayu kepada Allah.

Begitu juga dengan ayat-ayat tasbih seperti dalam surah Al A’Laa (Yang Paling Tinggi)bila dibacakan سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى (١ kita dikehendaki menjawab “subhanaribiyal a’Laa” (seperti bacaan dalam sujud)…

Bagaimana nak tahu bahawa ayat-ayat dalam Al-Quran itu untuk kita?

Kita kena faham “Dhamir”(ganti nama). Dalam bahasa Arab ada katanama pertama (ana, nahnu); katanama ke-dua (Ka, kuma, kum atau Ki, kuma, kunna); Katanama ke-tiga (hua, huma, hum atau hia, huma dan hunna)

Jadinya bila disebut `Ka’ atau kamu dalam Al-Quran sebenarnya dituju untuk siapa sebenarnya. Jawapannya ada tiga;
(1) `Ka’ pertama ialah khusus untuk Allah seperti إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
(2) `Ka’ yang ke-dua ialah khusus untuk nabi Muhammad saw, tak banyak sangat dalam Al-Quran;
(3) `Ka’ yang ke-3 ditujukan kepada kita semua. Majoriti dalam Al-Quran adalah `ka’ untuk kita.
contohnya.
Toha:2
مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢)
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); “
An-Nasr:3
فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣)
“ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat “

Kena mengetahui dan menyedari bahawa al-Quran itu adalah untuk diri kita. Kata-kata didalam al-Quran itu dilontarkan kepada kita melalui Rasulullah saw. Demi penyampaian ini…….Rasulullah saw menghadapi pelbagai cabaran dan penghinaan. Namun tidak diendahkan, semata-mata untuk umatnya. Oleh itu, bacalah al-Quran untuk mengetahui isi kandungannya. Memahami, menghayati dan mengamalkannya…..kemudian sampaikanlah kepada yang lain. Kita perlu merasai ingin menyambung perjuangan Rasulullah saw.

No comments:

Post a Comment