Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:
1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan
An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu
hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Semoga aku tidak mendapatkan salah
seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang
lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya,
sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al
baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa
dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
- Surah Al baqarah ayat 1-5
- Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
- Surah Al Baqarah ayat 284-286
Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.
Dalam satu riwayat lain disebutkan
bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang
dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika
bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.
2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah
Ini merupakan salah satu fadhilat dan
kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan
dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari
Usaid bin Hudhair :
“ Pada suatu malam dia membaca surah
Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba
kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya
itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya
itu pun kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti
membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu
pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya
sedangkan puteranya Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana
berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun
mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia
melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak
melihatnya lagi.
Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia
menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia
berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan
melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang
mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai
aku tidak melihatnya lagi.”
“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.
Beliau pun bersabda “ itulah malaikat
yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus
membacanya (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat
melihatnya tanpa terhalang.
3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran
dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat
di padang mahsyar kelak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia
berkata:
“ Aku pernah memdengar Rasulullah
bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat
kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah
Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari
kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung
yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya.
Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “
4. Mengelak dari terkena sihir
Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah
Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya
bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup
menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh
Muslim dalam kitabnya As-shalah.
Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.
Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir
Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir
Sumber : Dipetik dari kitab Tafsir Ibnu Katsir
No comments:
Post a Comment